Thursday, November 15, 2007

the teacher

Lepas kak Maliah aku, kak Maznah(no 9), kak Che Ah (no 10) dan kak Nori aku pun banyak menjaga aku.... Masing-masing ada kenangan tersendiri dalam kisah hidup aku. Kak Maznah aku ni orangnya kurus keding, tinggi badan macam model, dan cantik orangnya, dia ni pelajar yang bijak, lepas SRP, belajar sekolah teknik kat alor setar duduk rumah sewa jadi dia tak banyak jaga aku sangat rasanya. Tapi aku ingat dia ni memang rajin dan sangat pembersih orangnya. Oh ye, kakak aku ni olahragawati sekolah tau... kak Maznah aku ni yang paling aku ingat dia rajin memasak, buat cucur bawang, tukang makannya siapa???? Aku la... Kak Maznah aku ni bukan jenis yang suka nyakat ... Jadi tak banyak peristiwa yang aku ingat masa aku kecik dulu... lagipun kak Maznah aku ni lepas SPM terus masuk universiti macam kak Maliah aku jugak, jadi masa kecik tu tak delah banyak masa bersama aku.

Yang aku ingat kak Maznah aku orang pertama yang belikan aku skirt merah ala-ala feminine gitu…. Orang kata anak dara dah mula pandai nak melaram… Masa tu dia baru saja kerja tak salah aku.

Oh yaaa… baru ingat pristiwa dengan kak Maznah ni (tapi termasuk abang ipar aku skali la ek… aci tak????) Macam ni cite dia, masa aku tingkatan tiga nak tunggu result SRP aku pegi umah kak Maznah aku. Masa tu dia dah kawen dengan abg Zul setahun lebih tak salah aku. Saja la pegi habiskan masa cuti aku. Sebenarnya di umah kak Maznah akulah kali pertama aku belajar memasak. Masak APA??? Masak nasi…. Hahahahaha. Aku selama ni mana pernah memasak, air pun aku tak pernah jerang, almaklumlah semua di’settle’kan oleh kakak-kakak aku… Aku ni memang beruntung kan??? Okey berbalik pada cerita tadi, alkisahnya oleh kerana abg ipar aku ni opis dia dekat dengan rumah jadi dia balik la time tengahari yelah lagipun sapa nak hantar makanan kat aku dok sorang-sorang kat rumah, nak keluar aku tak familiar kawasan tu, lagipun banyak anjing, aku fobia… Dalam pukul satu abg aku balik dengan macam-macam lauk, dan tugas aku adalah memasak nasi. Masak pakai dapur biasa pulak tu. Aku ni memang tak reti masak nasi, gelabah kemain la… tapi aku setuju jek. Hari pertama, aku masak nasi hangit, hari kedua aku masak pun hangit, sampailah ke hari ketiga. Aku pun pelik apa ke bangap betullah aku ni…. Sekarang kalau aku ingat balik memang aku gelak sorang-sorang, masak nasi tiga kali semua hangit. Abg ipar aku kata kalau dah tiga kali memang sah aku tak reti memasak… ekekekeke. Lepas tu dia balik dengan lauk dan nasik sekali… Hahahahaaha….

Kak Maznah aku juga adalah orang yang mengajar aku menjahit. Masa tu aku dah masuk universiti dan kak Maznah aku duduk di kampong mengajar di sekolah di Alor Setar sementara abg Zul sambung belajar di USM, Penang. Jadi masa cuti semester tu aku belajar la buat baju kurung dengan kakak aku ni… tapi macam masak nasi jugak la… bengap sungguh!!! Mungkin masa tu aku tak serius kot. Sebab sekarang ni kalau setakat menjahit baju kurung pesak gantung tu, bagi aku senang sangat. Begitu juga dengan memasak… Aku rasa aku memang ada bakat dalam memasak dan menjahit… Itulah yang dikatakan kalau ada kesungguhan semua kerja akan menjadi. Tapi kalau tak bersungguh macam tu la jadinya, nasi depan mata pun boleh hangit…

Kak Maznah ni bolehlah aku anggap dia sebagai cikgu aku… lagipun dia memang seorang cikgu.

No comments: