Thursday, October 23, 2008

master graduation

Tuesday, August 26, 2008

LIDAH BERCABANG, SONGSANG PERTUTURAN, AKU TAK PERLU KAMU SEMUA!!!!


Masih menanti bila masanya berita kemenangan akan diuar-urakan pencanang-pencanang suruhan. Namun hingga detik 12, tiada satu berita kemenangan dipaparkan.

Semuanya ringkas sahaja. Tiada tulisan atau gambar yang membayangkan sorakan kemenangan (Walau aku pasti di Permatang Pauh suasana meriah dengan sorakan kemenanagan.

Tiada liputan tiada apa untuk dibanggakan semuanya sunyi sepi umpama malam ku kini tanpa suami di sisi ( Maaf aku melencong seketika mengenang diri yang kerinduan... Wake up darling!)

  • Perkhabaran menjadi begitu sejuk hingga aku yang dahaga mula merayap ke seluruh maya.
  • Ah biar aku sendiri mencari... Aku tak perlukan manusia durjana!!!
  • Sekarang bukan masanya manusia bergantung harap pada budak-budak suruhan (yang tanpa mereka ini sedari dijadikan pencacai-pencacai).
  • Aku juga boleh mencari maklumat itu sendiri, tidak perlu bergantung harap pada manusia yang cabang lidah dan songsang pertuturannya.
  • Dan di luar sana aku temui lebih banyak yang bisa membuka mindaku...
  • Semuanya tanpa sempadan
  • Aku tidak disogok dengan berita berita yang aku tidak inginkan... tapi bukan maksud tidak ingin itu kerana pemikiran ini terlalu cenderung pada yang kiri (bagi mereka yang menganggap diri sendiri terlalu kanan).
  • Tapi aku mahukan berita yang adil, yang boleh diterima dek akal dan aku tidak merasa diri ini diperbodohkan (Hey I'm not stupid ok!).
  • Dan kini aku mendapat segalanya... Sudah aku tak perlu semua pencacai itu....
  • Lupakan sahaja mereka. Mereka tidak ikhlas berjuang!

ANWAR MENANG

PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN
PERMATANG PAUH
PULAU PINANG P44:
PERMATANG PAUH:PP:58,459

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi 47,258
Peratus mengundi 65.25
Peratus Undi rosak 447 undi
Majoriti 15,671 undi.
Penyandang:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)

Undi diperolehi 2008:30,348 Majoriti:13,398

Saturday, August 23, 2008

MENGAPA 23 OGOS?

Mengapa tidak tunggu September???
Jawapannya mudah sahaja.
Apa ada pada 23 Ogos, 24, 25, dan 26???
23 Permatang Pauh mula dibanjiri kereta mewah
24 Jalan-jalan di Permatang Pauh mula sesak dengan masyarakat berbilang bangsa
25 Permatang Pauh mula dilawati pemimpin tersohor yang bakal menabur janji janji manis yang kedengaran indah lunak dan mengujakan.
Dan 26 Permatang Pauh akan memberikan satu titik perubahan dalam sejarah.
Maka nantikan sahaja.

Bijak!!!! Langkah menurunkan harga minyak pada 23 amat bijak.

**** Yang penting aku dapat mengurangkan kira-kira RM20 sebulan hanya kerana pengurangan itu ****

Naik 78 sen turun 15 sen.... MMMM.... Bagi aku harganya tetap naik. Dan kos hidupku juga tetap naik. Mujur gaji aku juga naik...

Tapi bagaimana dengan orang lain yang menerima nasib berbeza.

Bagaimana petani? Apa cerita orang Kampung??? Peritkah mereka??? Gembirakah mereka dengan pengurangan harga minyak kali ini????

SUMPAH LAKNAT

A: Aku ingin membunuh dia. Dia buat aku hilang segalanya, isteri, teman-teman, kekayaan, kesenangan dan kepercayaan orang.....
B: Jangan
A: Mengapa???
B: Bagaimana kalau kau tertangkap? Itu pastinya akan lebih menyusahkan. Kau tidak akan mendapat apa-apa kepercayaan lagi.
A: Apa takut? Sumpah saja...
B: Sumpah saja???
A: Ya... Letak sahaja tangan di atas al-Quran. Semuanya akan selesai.
B: OK... Kalau begitu, bagaimana dengan mahkamah? Polis? Kalau sumpah boleh digantikan dengan perbicaraan dan siasatan yang telus, apa fungsi mahkamah? Apa fungsi polis?
A: Sebab aku tak mahu ke mahkamah dan aku tak mahu disiasat polis lah aku rela letak tangan aku di atas al-Quran.
B: Kau berani?? Tak takut Allah?
A: Untuk apa takut? Nanti bertaubat sahaja.
B: Kalau taubat tak diterima?
A: Janji aku lepas di dunia...
B: Bagaimana pula di akhirat??
A: Kubur masing-masing...
**** Manusia akhir zaman sanggup membelakangkan agama demi kepentingan peribadi. Ingatlah teman dunia ini hanya sementara. Jangan pula kita tergolong dalam insan yang bakal menjadi kayu api neraka *****
Nauzubillahiminzalik... Tuhan perbetulkan imanku, luruskan perjalanan hidupku kerana aku ingin menumpang tidur di kaki lima syurga-Mu... Cukuplah jika aku hanya dapat menikmati harum syurga-Mu walau aku tidak dapat beradu di dalam kamar indah firdausi-Mu.

Monday, August 11, 2008

creative









erotic movement












If I can do those action...

Sunday, August 10, 2008

BIla rindu mencengkam perasaan

Aku dan dia memang tak pernah dapat dipisahkan. Biar lebih sedekad memadu kasih cinta kami tetap utuh. Alhamdulillah akan rahmat Tuhan yang menabur kasih pada dua hati ini. Biarlah ia terus subur seadanya....

Pun begitu aku tidak pernah tahu betapa dalamnya kasih ini. Begitu juga dia
Tapi kita setelah hampir sebulan terpisah... aku tahu apa itu rindu apa itu kasih dan apa itu cinta!

B ketahuilah bahawa aku teramat merindui kehadiranmu
tawamu, rentak nafasmu tak mungkin dapat aku lupa walau sesaat...

AMAZING PICTURES





















OLYMPIC BEIJING

















What an amazing...