Saturday, August 23, 2008

MENGAPA 23 OGOS?

Mengapa tidak tunggu September???
Jawapannya mudah sahaja.
Apa ada pada 23 Ogos, 24, 25, dan 26???
23 Permatang Pauh mula dibanjiri kereta mewah
24 Jalan-jalan di Permatang Pauh mula sesak dengan masyarakat berbilang bangsa
25 Permatang Pauh mula dilawati pemimpin tersohor yang bakal menabur janji janji manis yang kedengaran indah lunak dan mengujakan.
Dan 26 Permatang Pauh akan memberikan satu titik perubahan dalam sejarah.
Maka nantikan sahaja.

Bijak!!!! Langkah menurunkan harga minyak pada 23 amat bijak.

**** Yang penting aku dapat mengurangkan kira-kira RM20 sebulan hanya kerana pengurangan itu ****

Naik 78 sen turun 15 sen.... MMMM.... Bagi aku harganya tetap naik. Dan kos hidupku juga tetap naik. Mujur gaji aku juga naik...

Tapi bagaimana dengan orang lain yang menerima nasib berbeza.

Bagaimana petani? Apa cerita orang Kampung??? Peritkah mereka??? Gembirakah mereka dengan pengurangan harga minyak kali ini????

No comments: