Tuesday, December 18, 2007

Lambaian Kaabah

Nantikan aku....
Pasti akan ku jejaki kaki ke bumimu...

Friday, November 30, 2007

tangisan dan ketakutan


BAGAIMANA KIRANYA ANAK KITA HIDUP DALAM KETAKUTAN???
BAGAIMANA KIRANYA KITA TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN APA-APA UNTUK MELINDUNGINYA???

dan air mata terus tumpah

Nyawa di hujung peluru....
Cuba bayangkan jika anda berada dalam kedudukan wanita ini yang kehilangan nyawa anak kesayangannya. Dunia semakin tidak aman... Islam semakin ditindas dan kita sebagai umat hanya mampu melihat tanpa perasaan yang mendalam.
Pemuda-pemudi Islam, bangkitlah dari tidur. Lupakan keindahan dan kemewahan sementara dunia. Kejarlah syurga abadi....
Mereka di sana sanggup gadaikan nyawa. Tapi kita???? Baru disergah awal-awal lagi sudah mengaku kalah!!!!
Dayusnya kita sebagai manusia. Dayusnya kita sebagai hamba-Nya.

Thursday, November 15, 2007

da cat and da dog...

Kak Norie aku beza lima tahun dengan aku. Antara yang paling aku ingat tentang kak Norie aku ni ialah ketika aku digigit anjing masa umor aku lima tahun. Masa tu aku nak pegi tadika dan kak Nori aku nak pegi sekolah naik basikal, jadi aku tumpang dia la naik basikal sebab tadika aku on the way jek ke sekolah kakak aku tu... dalam dok seronok naik basikal, tak sampai setengah batu, tayar basikal pancit lah pulak. kak nori aku ambik keputusan balik rumah. Aku ni dah dok horrayyy dah patah balik siap lari-lari lagi. Tak semena-mena dalam tengah aku seronok tu ada anjing besar menerkam aku. Kak Nori yang duduk di belakang aku tak terkata apa.... Aku jatuh dan anjing tu menerpa aku gigit lutut aku, sampai aku nampak cebisan daging ditarik dari lutut aku. Kak Nori aku memang panik gila, berketul-ketul batu dilempar ke arah anjing tu tapi tak berjaya, anjing tu macam tak mahu lepaskan aku... nasib baik orang kampung keluar, dan berjaya halau anjing tu.... aku menangis sakan, sakit dan geram.... Balik rumah, mak aku balik meniaga bila tau aku kena terkam dengan anjing. Mak abah aku bawa aku pergi hospital dapat suntikan takut anjing gila. Tapi doktor kata ok... Tak da masalah, laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya terhadap pemilik anjing supaya kejadian tak berulang, tapi tak salah aku kes tu tak ke mana pun sebab pemilik anjing tu tak mengaku anjing dia yang terkam aku. Bila pegawai pegi dia sorok anjing tu jadi tak boleh buat tangkapan (anjing tu la...). Balik rumah apa lagi kena siram lah aku dengan air parit huhuuhu.... Anjing tu kan ke najis, siap gomol-gomol aku lagi eeeeee......

Masa sekolah rendah sempatlah setahun kak Nori aku jaga aku pergi sekolah, dia darjah enam aku darjah satu.... Aku ingat satu peristiwa, aku sibuk nak pegang duit mak bagi.... Kak Nori aku tak bagi tapi aku biasalah degil nak juga.... Last-last dia bagi je la... Alih-alih bila balik kak Nori aku tanya duit mana aku cakap dah habis. Apa lagi mengamuk la dia... Sebab tu la dia duit tambang aku... Nak balik dengan apa dia bukannya ada duit lebih.... Solution dia aku tak ingat la pulak, tapi akhirnya kami tetap sampai ke rumah ekekekekeke…..

Lagi satu yang paling aku ingat tentang kak Nori aku ialah masa sama-sama kena kejar dengan abah aku…. Isk isk nakal kiterang nih… Cam ni citer dia… Aku dengan kak Nori aku ni kadang-kadang macam anjing dgn kucing, sebab aku ni ngengada sikit kot. Ada satu hari tu aku dgn kak nori bergaduh, abah aku dengar, (abah aku ni garang tau, siapa silap dia bantai jek… tapi bukan dengan aku la…. Dengan aku lain sikit!!!!). Bila aku dengan kak Nori dok bergaduh, abah aku datang dengan muka bengis dia tu, “Ha… pasai pa ni? Dok berkelai, aku tibai sat lagi…” sambil capai benda nak tibai la… Kami pun apa lagi calo…. Lari merata, abah aku tak dapat kejar. At last kami dapat satu idea naik atas rumah masuk dalam kepuk padi….. tutup, abah tak tau, lama kami sembunyi kat situ siap gelak-gelak lagi… padahal mula-mula bergaduh… dah petang baru lah kami keluar… malam tu abah dah okey… sib baik

the family teaser

Selain kak Maznah, kak Che Ah aku pun banyak jaga aku, antara kenangan yang paling aku ingat dengan wira hoki sekolah ni, masa aku tadika umur dalam lima tahun (aku tadika dua tahun). Masa tu pagi aku nak pegi sekolah tadika, minta spender kat kak Che Ah aku ni, dia ni jenis yang kelolo (kata orang Kedah), suka main-mainkan aku, buat lawak la konon, aku dah naik hangin satu badan suruh cari spender tak jumpa2, kak Che Ah aku ni boleh pegi amik spender mak aku yang besar gabak dibaginya kat aku suruh pakai. Pastu boleh pulak dok gelak-gelak macam kerang busuk... Eeeeee geram sungguh aku masa tu, aku mula la mengamuk sampai tertendang almari kaca mak aku. Apa lagi prangggg!!!! Pecah berderai... Berdarah-darah kaki aku. Kakak aku dah panik, ye la mak abah tak ada pergi meniaga keluar lepas subuh, yang ada cuma kak Maznah aku masa tu, terpaksa lah mintak tolong jiran bawak pegi hospital sebab luka dalam sangat.... Masa kat hospital aku dibedah mentah-mentah (x pakai bius sebab nak keluarkan kaca) siap maki doktor lagi. Aku ingat lagi, kaki tangan aku kena pegang sebab aku meronta-ronta, tapi diaorang tak boleh tutup mulut aku, aku maki doctor, babi, jahat, bodoh semua keluar... Hai teruk betul aku ni.... Sampai sekarang kalau aku belek-belek tumit aku ni kesan kaca tu memang ada, jelas lagik tanda dia... cepat sungguh masa berlalu...

Kak Che Ah aku ni pun jenis yang pandai, dia belajar sains tulen jugak tapi sibuk sangat dengan aktiviti sukan sampai pelajaran terganggu sikit. Kat sekolah memang glamor dia nih, orang panggil 'Sole', nama glamor gitu...

the teacher

Lepas kak Maliah aku, kak Maznah(no 9), kak Che Ah (no 10) dan kak Nori aku pun banyak menjaga aku.... Masing-masing ada kenangan tersendiri dalam kisah hidup aku. Kak Maznah aku ni orangnya kurus keding, tinggi badan macam model, dan cantik orangnya, dia ni pelajar yang bijak, lepas SRP, belajar sekolah teknik kat alor setar duduk rumah sewa jadi dia tak banyak jaga aku sangat rasanya. Tapi aku ingat dia ni memang rajin dan sangat pembersih orangnya. Oh ye, kakak aku ni olahragawati sekolah tau... kak Maznah aku ni yang paling aku ingat dia rajin memasak, buat cucur bawang, tukang makannya siapa???? Aku la... Kak Maznah aku ni bukan jenis yang suka nyakat ... Jadi tak banyak peristiwa yang aku ingat masa aku kecik dulu... lagipun kak Maznah aku ni lepas SPM terus masuk universiti macam kak Maliah aku jugak, jadi masa kecik tu tak delah banyak masa bersama aku.

Yang aku ingat kak Maznah aku orang pertama yang belikan aku skirt merah ala-ala feminine gitu…. Orang kata anak dara dah mula pandai nak melaram… Masa tu dia baru saja kerja tak salah aku.

Oh yaaa… baru ingat pristiwa dengan kak Maznah ni (tapi termasuk abang ipar aku skali la ek… aci tak????) Macam ni cite dia, masa aku tingkatan tiga nak tunggu result SRP aku pegi umah kak Maznah aku. Masa tu dia dah kawen dengan abg Zul setahun lebih tak salah aku. Saja la pegi habiskan masa cuti aku. Sebenarnya di umah kak Maznah akulah kali pertama aku belajar memasak. Masak APA??? Masak nasi…. Hahahahaha. Aku selama ni mana pernah memasak, air pun aku tak pernah jerang, almaklumlah semua di’settle’kan oleh kakak-kakak aku… Aku ni memang beruntung kan??? Okey berbalik pada cerita tadi, alkisahnya oleh kerana abg ipar aku ni opis dia dekat dengan rumah jadi dia balik la time tengahari yelah lagipun sapa nak hantar makanan kat aku dok sorang-sorang kat rumah, nak keluar aku tak familiar kawasan tu, lagipun banyak anjing, aku fobia… Dalam pukul satu abg aku balik dengan macam-macam lauk, dan tugas aku adalah memasak nasi. Masak pakai dapur biasa pulak tu. Aku ni memang tak reti masak nasi, gelabah kemain la… tapi aku setuju jek. Hari pertama, aku masak nasi hangit, hari kedua aku masak pun hangit, sampailah ke hari ketiga. Aku pun pelik apa ke bangap betullah aku ni…. Sekarang kalau aku ingat balik memang aku gelak sorang-sorang, masak nasi tiga kali semua hangit. Abg ipar aku kata kalau dah tiga kali memang sah aku tak reti memasak… ekekekeke. Lepas tu dia balik dengan lauk dan nasik sekali… Hahahahaaha….

Kak Maznah aku juga adalah orang yang mengajar aku menjahit. Masa tu aku dah masuk universiti dan kak Maznah aku duduk di kampong mengajar di sekolah di Alor Setar sementara abg Zul sambung belajar di USM, Penang. Jadi masa cuti semester tu aku belajar la buat baju kurung dengan kakak aku ni… tapi macam masak nasi jugak la… bengap sungguh!!! Mungkin masa tu aku tak serius kot. Sebab sekarang ni kalau setakat menjahit baju kurung pesak gantung tu, bagi aku senang sangat. Begitu juga dengan memasak… Aku rasa aku memang ada bakat dalam memasak dan menjahit… Itulah yang dikatakan kalau ada kesungguhan semua kerja akan menjadi. Tapi kalau tak bersungguh macam tu la jadinya, nasi depan mata pun boleh hangit…

Kak Maznah ni bolehlah aku anggap dia sebagai cikgu aku… lagipun dia memang seorang cikgu.

Wednesday, November 14, 2007

the brilliant and that naughty girl

Bila dah kawen kakak aku ikut abg ipar aku pergi penang duduk di sana. Pengurusan bertukar tangan daripada kak Nab aku kepada kak Maliah aku. Kak Maliah (no 8) aku ni orangnya baik dan rajin. dalam keluarga, adik beradik perempuan dia paling hitam, tapi hidung dia paling mancung. Bagi aku dia cantik.... Kakak aku yang sorang ni pandai, dan banyak main psiko orangnya (pada pendapat aku la...). Aku teringat satu peristiwa yang buat aku respek dengan dia, ada sekali tuh, tah macam mana ayam jantan abah aku membuang najisnya yang harum semerbak tu betul betul di laluan masuk ke rumah. Masa ni tak siapa pun yang sedar... agak lama la juga tempoh hayatnya di situ... Nak aku buang??? Sori la... aku ni perasan penggeli la konon... Tapi ok la tu, masa tu aku kecik bangat mana tau nak buat benda benda tu... Aku rasa kakak-kakak aku yang lain yang lalu lalang ada ternampak benda tu tapi cam buat-buat tak tahu sebab malas atau geli nak buang. Lagi pun kat luar rumah… Apa lah sangat kan??? Tapi kakak aku yang seorang ni buang dengan ikhlas, sebab dia kata nanti takut ada yang terpijak.. Baik sungguh hati dia, suka berkhidmat utk orang lain, dan sikapnya tu kekal sampai ke hari ini.... Kakak aku ni masa kecik-kecik dia tolong abah aku bela kambing, jaga kambing, bawa kambing pegi makan kat padang macam gembala kambing gitu... Aku respek betul dengan dia, mana ada anak dara sanggup buat camtu.... Pastu malam-malam dia buat kelas tuisyen ajar budak-budak kat kampung yang nak ambik periksa, dia pernah meniaga masa cuti semester (masa ni aku dah sekolah menenagah tak salah aku) jual kuih pasar Ramadan isk isk banyak lagi la kehandalan dia ni... dengan kakak aku ni antara peristiwa yang masih segar dalam ingatan aku masa dia nak kejutkan aku bangun sahur la... aku ni tahap gabannyer tido, kalau nak kejut aku sahur, aku mula la mengamuk, marah-marah tapi kakak aku ni pandai guna psiko dia tu, dia cocok-cocok buntuts aku (opppsss lucah ker?), sampai aku naik fedup, nak marah tak boleh sebab nak tergelak, last-last aku bangun ler tido... pegi sahur. Kak Maliah aku ni jaga aku dari umur tiga tahun ke enam tahun gitulah sampai ler aku masuk sekolah rendah, dalam darjah satu dia masuk universiti, maka tinggallah aku dijaga sepenuhnya oleh mak aku. Sejak itu aku rapat sangat dengan mak aku, di mana ada mak aku di situ juga ada aku, time dia keluar meniaga dan aku pegi tadika je kami terpisah sekejap. Lepas daripada tu aku memang melekat jek dengan mak aku ni...

first night with the youngest

Masa aku kecik aku paling rapat dengan dua orang kakak yang menjaga aku... mula-mula kak Nab (no 5) yang menjaga aku.... berak kencing semua la... dia yang uruskan. Mungkin kakak-kakak yang lain pun bantu tapi dia la ‘mastermind’nya... aku memang ingat dia jaga aku, antara peristiwa yang aku masih boleh ingat ialah pada ketika aku berumur dalam 3 ke empat tahun, masa tu bulan puasa, aku bangun pagi bukak periuk nak makan nasik, kakak aku nyanyi "puasa yang yuk bangun pagi bukak periuk"... hahahahahaha Pastu ada lagi lagu dia pernah nyanyi kat aku tapi bunyi loglag sikit mintak mahap selamat hari raya maaf zahir batin ek... Camni bunyinyer, ‘bulu ketiak panjang nak potong sayang taruh ikat barang...’ tah hape-hape kan, aku pun tak hengat ape peristiwa yang menyebabkan tercetusnya nyanyian itu, maap yek... Itu jek la yang aku boleh recall balik memori aku ni masa umur aku tak masuk tadika lagik... lepas tu kakak aku dipinang orang negeri sembilan, handsome orgnya, sama cantik dan sama padan... masa dia kawin tu aku dah mula naik segan dah... Tapi dalam segan-segan tu aku boleh pulak pi tido sebilik dengan pengantin baru adusss... Almaklumlah dah terbiasa tido ngan kakak aku tuh apa boleh buat???? Jadi malam pertama kakak aku bertiga la dengan si adik bongsu hahahahaha.

Tuesday, November 13, 2007

13 mei hari berdarah

pada 13 Mei (huishhhh hari berdarah untuk mak aku dan negara Malaysia tu... ) aku berjaya melihat dunia.Selepas berhempas pulas dengan seluruh kekuatan tenaga aku dengan dibantu tenaga mak aku mem'push'kan aku, maka aku berjaya meloloskan diri dari rahim mak aku...

mak aku kata, masa aku keluar, tergolek (maknanya besar la... walaupun aku ni saiz S jek...tapi skarang dah nak jadi saiz XXXL huhuhuhuuhu)
menurut mak aku (aku tak tau la betul ke dak, kalau mak aku tipu aku aku pun tipu la... tapi mak aku tak reti tipu orang daaa...), sejak aku lahir, aku tak mahu
langsung menyusu (susu ibu da...), mak aku kata aku macam merajuk sebab mak aku pernah ngomel tak puas hati lebey kurang macam ni la... "branak apa lagi tah tua-tua ni..." Jadi mak aku kata mungkin aku ni berasa hati macam mak aku tak sudi la nak lahirkan aku ke dunia ni... pastu siap cakap nak bagi kat abang dia lagik...
tapi mak aku kata bila dah nampak mata bulat aku yang comel nih (hehehehe prasan jap...) sori naik lori la nak bagi kat orang. lagipun mak aku kata dia memain jek cakap camtuh... tak de niat pun. walaupun mak aku tak diberinya pada bapa saudara aku tuh, aku tetap 'dingin' ngan mak aku nih... hehehehehe kecik kecik dah tunjuk sikap sensitip dan degil aku tuh...
mak aku kata aku tak mau kat dia masa kecik-kecik, tido nak tido ngan kakak aku, susu tak minum susu ibu, aku baby 'lembu', minum susu tin. kakak-kakak dan abang-abang aku dulu mana ada merasa susu tin ni (cap apa aku tak tau la pula tapi masa tu dumex la kot?), depa semuanya susu cap gantung aku sorang jek eksyen sikit. Sebab tu lah agaknya aku bukan pelari handalan macam kakak-kakak dan abang abang aku. Dierang semua tenaga superb, aku nih lembik sikit.

Saturday, November 10, 2007

opppsss ini gambarnya...

when i was in the womb

mak aku kata masa dia ngandungkan aku dia tak tau pun, tau tau makcik tua yang dok kat blakang umah kiteorang (yang tugasnya ala ala bidan kampung gitu,) gitaw kat mak aku yang dia rasa mak aku ni mungkin tgh ngandung...

isk... isk... org tua dedolu mmg pandai, aku respek tol lah, tengok org pun dah tau... masa tu mak aku macam tak percaya la... almaklumlah umur dah lanjut cenggitu, dah ada cucu, tetiba ngandung lagik... tapi makcik blakang umah aku tu memang teror la... memang betul tilikan dia mak aku memang ngandung, sah dan tak syak lagik....

bila mak aku dah confirm yang dia tu ngandung... dia macam ada rasa malu sikit la... almaklumlah mulut org mesti nak ngutuk nyer... mak aku kata masa tu dia macam ngomel sorang-sorang la, “apa la tua tua ngandung lagi...”. tapi dalam pada masa yang sama mak dan abah aku redho dan happy dengan berita kepregnantan mak aku tuh....

dalam masa dok membawa aku tu, abang mak aku selalu gak dok usha-usha suruh kasi aku kat diaorang kalau dah branak nanti... Mak aku kata okey boleh ( yang ni aku tak tau la dia memain atau betul2).

Gambar kat sebelah ni mak aku ambil dengan mak mertua dia (tok aku la)sebagai kenang-kenangan sebelum tok aku berangkat ke Mekah menunaikan ibadah haji tok aku meninggal dunia di Mekah dan dikebumikan di sana. Dalam gambar tu dari kiri belakang adalah kak Nab, abg Din, kak pah, kak yom, pak tam (adik abah), berdiri sebelah mak aku adalah kak maznah, kak che ah dan kak nori. Berdiri sebelah tok aku adalah kak maliah, dan yang duduk atas tok aku pulak anak kak pah (anak sedara aku la), ija.

Aku???? Aku tak wujud lagik masa tu, aku rasa mungkin mak aku tengah mengandungkan aku masa ni kot.

aku dari mula....

aku....
dicantum oleh cinta dua manusia
yang aku panggil mak dan abah

pada usia mak 42 dan abah 41 (maaf abah... bocor rahsia, tapi dalam ic abah sesoka hati dia letak dia lebih tua setahun dari mak.... isk, isk, isk abah aku nih, almaklumlah jaman jepun, sorat branak pun tak dak... apa nak dikato?

aku yang ke12...
aku dah ada anak pada saat aku dilahirkan
anak siapa????
anak abang sulung dan kakak aku hehehehe...
anak abang Dan aku masa tu tiga tahun tapi meninggal dunia pada usia 5-6 tahun tak silap aku,
anak kak Pah pulak tua tiga tahun dari aku... sekarang ni dah ada tiga dua anak dah dia dan tengah sarat mengandung anak yang ketiga (cucu-cucu aku la tu...)

masa aku lahir
kakak aku yang no. 11, kak Nori dah lima tahun...
dia dah rentap 'title' maksu awal-awal lagik... tak kisah ler aku jenis tak berkira, kebetulan dia pun kawen ngan anak bungsu, jadik memang sesuai bebenor la pakai title tuh...

aku sambung len hari lah ye.....

Friday, November 9, 2007

belom mola lagik...

Tapi rencana aku bukan bermula pagi ini... kerana kelopak mata ini bagai dibalam-balam pinta direhatkan....
Walau jemari ini semakin getik ingin terus menari di pentas aksara ini...

Cukup sampai di sini kerana aku ingin 'memeluk cinta' yang menanti...

gadis desa dan rencana

Semalaman aku memasang rencana(opppsss jangan culas mentafsir, rencana yang aku maksudkan adalah rancangan atau niat aku, bukan rencana berbentuk artikel ituya... walaupun aku akan merealisasikan rencana (plan) aku itu dalam bentuk rencana (artikel) Hahahahahahaha.... complicated bukan???
Rencana aku kali ini aku kira terlalu istimewa buat diri aku yang langsung tak punya apa apa kelebihan ini.
Rencana aku kali ini sesuatu yang amat bernilai bagi diri aku, kaum keluarga dan sahabat-sahabat aku...dan langsung tiada apa apa kepentingan buat sebahagian besar untuk orang lain. Ahhh... persetankan semua itu... Aku menulis bukan kerana nama, tapi aku menulis untuk mencari kepuasan, kepuasan untuk diri sendiri. Aku tak harapkan pujan mahupun kejian. Cukuplah kalau rencana aku itu bisa mengembalikan nostalgia indah seorang gadis desa yang bernama 'aku'...
Aku ingin sekali menitip kisah hidupku bukan untuk dibaca orang, bukan untuk dipuji atau dikeji orang dan bukan untuk mencari publisiti murahan (ayat yang selalu aku pakai ketika berkhidmat di majalah hiburan suatu ketika dulu!!!!)....
aku cuma ingin simpan kenangan dalam bentuk dokumentasi yang aku percaya akan terus kekal... tidak seperti memori aku yang semakin dihakis usia dan tidak juga seperti diari aku yang semakin usang dek diratah panas mentari.
Aku mahukan sesuatu yang kekal, yang bukan hanya untuk menjadi tatapan diri aku sendiri tetapi juga keluarga dan sahabat-sahabat aku...
Kerana aku mahu mereka tahu bahawa setiap detik bersama adalah terlalu indah buat aku...
Ahhh aku kalau bermonolog biasanya pasti berbaris-baris....
Aku pendekkan sahaja
Aku ingin sekali menulis riwayat hidup aku yang tidak istimewa ini
Kerana bagi aku setiap detika dalam hidupan aku terlalu indah untuk dilupakan begitu sahaja....

Jadi dengan rasminya aku melancarkan ceritera gadis desa (aku la tu....) bermula dari usia aku lima tahun... sebab sampai di situ sahaja yang aku mampu ingat semula... lain-lainnya sudah terbang dibawa angin....

Wednesday, November 7, 2007


Bahagia....
Hampir lima tahun hidup bersama aku bahagia meniti hari-hari bergelar seorang isteri.
Sepuluh tahun membina kasih dan melewati duri-duri percintaan, kami akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan yang suci...
Tidak banyak yang berubah, aku masih aku yang dulu dan dia masih juga lelaki yang kukenal dulu...
Bezanya kini mungkin aku tidak lagi langsing kecil molek seperti dahulu...
Namun perasaan dan cinta ini akan tetap sama buat selamanya...
InsyaAllah, dengan izin Maha Pencipta...
Moga bahagia hingga ke akhirnya...

Saturday, October 20, 2007

mengapa aku masih begitu????

Ramadan telah berlalu meninggalkan seribu kenangan manis...
Namun kemanisan Ramadan bertukar pahit kerana aku masih juga di situ, begitu dan terus merindu...
Merindu akan sesuatu yang sukar untuk manusia kerdil seperti aku menentukannya....
Hanya satu kekuatan aku,
Yang aku tanam dalam-dalam selama ini.....
Kesabaran dan ketabahan
Kerana aku yakin penantian itu terlalu manis....
Walau pahit ku cuba telan dengan mimpi-mimpi yang manis-manis dan indah-indah
Kerana aku yakin Allah ingin tempatkan aku di tempat yang paling indah dan atas
Walau perit ya Allah aku cuba...
Aku cuba untuk menjadi gagah.........

Sunday, September 9, 2007

mengapa aku sering diduga???

MENGAPA AKU???
MENGAPA AKU YANG SELALU DIGUGA???


Sejak semalam hanya itu yang merasuk fikiran aku...
dan sejak semalam aku tidak dapat lari daripada terus memikirkan tentang ia...
terlalu banyak persamaan yang dapat aku rasakan
terlalu hebat rasa ingin tahu melilit di setiap pelosok akalku
terlalu lemas pula yang aku rasakan
lemas dihimpit persoalan,
lemas dibuai perasaan dan
lemas diintai sebuah keinginan agung

Agung....
Ya aku katakan ia sebagai agung kerana aku terlalu memikirkan tentang dia...
aku terfikir bila aku akan memiliki dia
aku termimpi bila kan ku renung redup matanya
entah apa apa ter lagi... aku terhadap dia.
setiap denyutan nadiku hanya teringatkan dia
setiap saat aku terfikirkan mengapa aku diduga tanpa dia
dia yang aku idam sekian lama
dia yang ingin kutatap bibirnya, hidungnya dan senyumananya.

apa aku tak mungkin akan memiliki dia???

MENGAPA TUHAN???
HEBAT SUNGGUH DUGAAN MU BAGI INSAN JAHIL SEPERTI AKU
JAUH DI SUDUT HATI AKU TERUS BERMUNAJAT
AGAR MIMPI AKU KAN JADI KENYATAAN
AGAR AKU TIDAK LAGI DIDUGA
AGAR AKU MAMPU MILIKI BAHAGIA
TAPI BUKANKAN DUGAAN ITU TANDANYA CINTA????
CINTA ALLAH KEPADA UMATNYA... AGUNG SUNGGUH???
DAN MENGAPA PULA AKU TIDAK MAHU BERBAHAGIA DENGAN CINTA DARINYA???

Aku menarik nafas lega... sekurang-kurangnya aku tahu mengapa aku diduga.
TERIMA KASIH ALLAH.... KERANA TIDAK TERLUPA AKAN DIRIKU, TIDAK TERLUPA MENILAI KESABARANKU TIDAK LUPA MENILAI KESETIAANKU

CUMA SATU YA ALLAH, KAU TEGUHKAN LAH PERASAAN DAN PENDIRIAN INI JANGAN BIAR IA GOYAH
AGAR AKU DAPAT TERUS MENIKMATI INDAHNYA DUGAANMU YA ALLAH

AMINNNNN

Saturday, September 8, 2007

mimpi gadis desa


semalam aku bermimpi... aku menjadi aku yang aku impi-impikan... tapi sayang, sayang kerana aku hanya sekadar bermimpi...

for the first time...

AKU INGIN BERKARYA
AKU INGIN MELUAH RASA
AKU INGIN ....