Thursday, November 15, 2007

the family teaser

Selain kak Maznah, kak Che Ah aku pun banyak jaga aku, antara kenangan yang paling aku ingat dengan wira hoki sekolah ni, masa aku tadika umur dalam lima tahun (aku tadika dua tahun). Masa tu pagi aku nak pegi sekolah tadika, minta spender kat kak Che Ah aku ni, dia ni jenis yang kelolo (kata orang Kedah), suka main-mainkan aku, buat lawak la konon, aku dah naik hangin satu badan suruh cari spender tak jumpa2, kak Che Ah aku ni boleh pegi amik spender mak aku yang besar gabak dibaginya kat aku suruh pakai. Pastu boleh pulak dok gelak-gelak macam kerang busuk... Eeeeee geram sungguh aku masa tu, aku mula la mengamuk sampai tertendang almari kaca mak aku. Apa lagi prangggg!!!! Pecah berderai... Berdarah-darah kaki aku. Kakak aku dah panik, ye la mak abah tak ada pergi meniaga keluar lepas subuh, yang ada cuma kak Maznah aku masa tu, terpaksa lah mintak tolong jiran bawak pegi hospital sebab luka dalam sangat.... Masa kat hospital aku dibedah mentah-mentah (x pakai bius sebab nak keluarkan kaca) siap maki doktor lagi. Aku ingat lagi, kaki tangan aku kena pegang sebab aku meronta-ronta, tapi diaorang tak boleh tutup mulut aku, aku maki doctor, babi, jahat, bodoh semua keluar... Hai teruk betul aku ni.... Sampai sekarang kalau aku belek-belek tumit aku ni kesan kaca tu memang ada, jelas lagik tanda dia... cepat sungguh masa berlalu...

Kak Che Ah aku ni pun jenis yang pandai, dia belajar sains tulen jugak tapi sibuk sangat dengan aktiviti sukan sampai pelajaran terganggu sikit. Kat sekolah memang glamor dia nih, orang panggil 'Sole', nama glamor gitu...

No comments: