Thursday, June 19, 2008



BERJUANG

UNTUK

HIDUP



ERTI

SEBUAH

KEHILANGAN




Indahnya
ciptaan
TUHAN

Monday, June 9, 2008

BERBALOIKAH RM625

Minyak kereta seminggu: RM100
Sebulan: RM400

Tol sehari: RM1.40
Sebulan: RM30

Belanja makanan: RM500
Belanja rumah: RM1500
Jumlah keseluruhan: RM2,500++
Gaji: Tak bertambah????


Bayaran rebat dipercepat Sabtu ini

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan bayaran rebat kepada pemilik kenderaan persendirian yang layak yang sebelum ini dijadualkan mulai 1 Julai, dipercepatkan kepada Sabtu ini bagi mengurangkan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemilik kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan pada April dan Mei tahun ini juga boleh mendapatkan bayaran berkenaan di pejabat pos pada tarikh berkenaan.
Maklumat terperinci mengenai prosedur berhubung perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama majlis menangani inflasi di pejabatnya di sini, semalam.
Pemilik kenderaan berkuasa 2,000cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda yang berkuasa 2,500 cc ke bawah akan diberi rebat RM625 setahun namun, bagi pemilik motosikal berkuasa 250cc ke bawah rebatnya RM150 setahun.
Abdullah berkata, selain itu kuota (jumlah) pembelian diesel menggunakan 'fleetcard' kepada pengusaha pengangkutan awam akan ditambah bagi memastikan tambang bagi pengangkutan awam kekal walaupun harga baru diesel kini RM2.58 seliter.
"Kenderaan awam yang mempunyai 'fleetcard' masih boleh membeli diesel pada harga lama, iaitu RM1.43 seliter," katanya.
Perdana Menteri berkata, selain itu, senarai bagi kenderaan yang layak untuk menerima diesel pada harga subsidi akan diperluaskan meliputi bas pekerja manakala teksi yang menggunakan petrol turut layak diberikan ‘fleetcard’ untuk membeli petrol pada harga subsidi.
Katanya, jumlah kuota 'fleetcard' yang akan diberikan itu akan ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Harga minyak petrol mencecah AS$138 setong di pasaran dunia dan memaksa kerajaan menstrukturkan semula subsidi minyak, menjadikan harga runcit petrol kini RM2.70 seliter, naik 78 sen berkuat kuasa Khamis lepas. - BERNAMA

SEPULUH PERATUS? 1,800++??

Elaun keraian ahli Kabinet ditolak 10 peratus

PUTRAJAYA - Elaun keraian melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.
Mengumumkan langkah yang akan menjimatkan RM2 bilion setahun, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain dari semasa ke semasa dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan kenaikan harga minyak.
Abdullah berkata, penjimatan itu termasuk membekukan cuti berbayar bagi Menteri dan Timbalan Menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.
Sebelum ini, kumpulan itu menikmati cuti dibayar oleh kerajaan ke mana-mana destinasi sekali setahun.
Perdana Menteri menghuraikan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Menangani Inflasi di pejabatnya di sini.
Pada mesyuarat itu juga, beliau mengarahkan supaya pengurangan perbelanjaan awam turut meliputi aspek mengehadkan perjalanan menteri, timbalan menteri dan pegawai awam ke luar negara.
Katanya, selain itu semua jabatan kerajaan tidak dibenarkan membuat pengubahsuaian pejabat serta menangguhkan sebarang pembelian aset termasuk penganjuran majlis dan upacara keraian.
"Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini," katanya.
Ketika ini, elaun keraian sebulan Perdana Menteri adalah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), Menteri Persekutuan (RM12,320) dan Timbalan Menteri (RM6,000).
Abdullah berkata, langkah penjimatan perbelanjaan awam itu dibuat ekoran masalah kenaikan harga bahan api serta bahan makanan sekarang.
Harga minyak petrol mencecah AS$138 setong di pasaran dunia dan memaksa kerajaan menstrukturkan semula subsidi minyak, menjadikan harga runcit minyak petrol kini RM2.70 seliter, naik 78 sen berkuat kuasa Khamis lepas.
Untuk menambah baik liputan jaringan jaminan sosial, beliau berkata, kerajaan sedang menimbangkan untuk menaikkan beberapa elaun bagi rakyat.
"'Threshold' pendapatan akan ditingkatkan supaya lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada elaun-elaun tersebut," katanya sambil menambah bahawa maklumat terperinci mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa seminggu.
Merujuk kepada arahan untuk mengehadkan perjalanan ke luar negara, Abdullah berkata, ia hanya dibenarkan bagi tugas rasmi melibatkan persidangan dan mesyuarat antarabangsa yang penting sahaja atau mesyuarat di antara kerajaan.
Katanya, pegawai yang hadir juga hendaklah kalangan mereka yang terlibat secara langsung dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan bilangan pegawai kementerian dan jabatan itu pula tidak melebihi tiga orang.
Menerusi arahan itu juga, seorang menteri layak membawa hanya tiga pegawai kementerian semasa tugas rasmi ke luar negara manakala timbalan menteri layak membawa dua pegawai sahaja.
Perdana Menteri berkata, penggunaan kemudahan hotel hanya dibenarkan bagi mesyuarat, persidangan, seminar dan bengkel antarabangsa.
"Semua kursus, latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh kementerian, jabatan, agensi untuk anggotanya hendaklah dihadkan dengan diadakan menggunakan kemudahan sedia ada di kementerian, jabatan, agensi termasuk Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya," katanya.
Abdullah berkata, sewa ruang pejabat baru dan tambahan, perpindahan pejabat ke bangunan lain atau membuat pengubahsuaian pejabat sedia ada juga tidak dibenarkan.
Katanya, sebarang perbelanjaan bagi pembelian aset termasuk pembelian kereta, perabot, komputer dan kelengkapan pejabat lain yang belum komited, hendaklah ditangguhkan.
Selain itu, pembelian bagi bahan kecil keperluan pejabat termasuk bahan percetakan dan alat tulis hendaklah dikurangkan, katanya.
Perdana Menteri berkata, bagi aset kerajaan sedia ada, kerja penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan secara optimum supaya ia dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan perbelanjaan dalam tempoh jangka masa.
"Majlis dan upacara keraian seperti pembukaan pejabat, persidangan, mesyuarat, penyampaian hadiah, perasmian bengkel dan kursus hendaklah dihadkan," katanya.
Sekiranya perlu diadakan, Abdullah berkata, ia hendaklah dibuat pada tahap sederhana tanpa melibatkan perbelanjaan besar hingga berlaku pembaziran.
Perhiasan dan jamuan perlulah sederhana dan majlis sebolehnya dibuat menggunakan kemudahan sedia ada kerajaan, katanya.
"Tak payahlah buat kemeja khas semata-mata untuk dipakai pada hari perasmian, satu hari sahaja. Lepas itu, baju itu dah tak boleh dipakai lagi sebab ada tulis macam-macam dan disimpan untuk kenangan sahaja," katanya.
Beliau berkata, pemberian cendera hati tidak digalakkan tetapi sekiranya benar-benar perlu hendaklah dihadkan kepada buku, kraf tangan tempatan atau produk makanan tempatan.
Perdana Menteri turut mengumumkan pembekuan jawatan baru dalam jabatan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan awam kecuali bagi jawatan tertentu dan kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan serta jawatan yang secara langsung dapat menambah kutipan hasil negara.
Abdullah berkata, penyusunan semula organisasi melibatkan kementerian, jabatan dan badan berkanun tidak dibenarkan kecuali penyusunan semula itu bertujuan untuk memperkemaskan struktur organisasi tanpa melibatkan pewujudan jawatan baru atau untuk mengurangkan bilangan tenaga pekerja. - BERNAMA

KERAKUSAN

DUNIA

MANUSIA

JADI

MANGSA

Sunday, June 8, 2008






Melakar Sejarah di Melaka, Negeri Sembilan


Tuesday, June 3, 2008


Memori Indah di Great Wall, Beijing