Monday, June 9, 2008

BERBALOIKAH RM625

Minyak kereta seminggu: RM100
Sebulan: RM400

Tol sehari: RM1.40
Sebulan: RM30

Belanja makanan: RM500
Belanja rumah: RM1500
Jumlah keseluruhan: RM2,500++
Gaji: Tak bertambah????


Bayaran rebat dipercepat Sabtu ini

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan bayaran rebat kepada pemilik kenderaan persendirian yang layak yang sebelum ini dijadualkan mulai 1 Julai, dipercepatkan kepada Sabtu ini bagi mengurangkan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemilik kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan pada April dan Mei tahun ini juga boleh mendapatkan bayaran berkenaan di pejabat pos pada tarikh berkenaan.
Maklumat terperinci mengenai prosedur berhubung perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama majlis menangani inflasi di pejabatnya di sini, semalam.
Pemilik kenderaan berkuasa 2,000cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda yang berkuasa 2,500 cc ke bawah akan diberi rebat RM625 setahun namun, bagi pemilik motosikal berkuasa 250cc ke bawah rebatnya RM150 setahun.
Abdullah berkata, selain itu kuota (jumlah) pembelian diesel menggunakan 'fleetcard' kepada pengusaha pengangkutan awam akan ditambah bagi memastikan tambang bagi pengangkutan awam kekal walaupun harga baru diesel kini RM2.58 seliter.
"Kenderaan awam yang mempunyai 'fleetcard' masih boleh membeli diesel pada harga lama, iaitu RM1.43 seliter," katanya.
Perdana Menteri berkata, selain itu, senarai bagi kenderaan yang layak untuk menerima diesel pada harga subsidi akan diperluaskan meliputi bas pekerja manakala teksi yang menggunakan petrol turut layak diberikan ‘fleetcard’ untuk membeli petrol pada harga subsidi.
Katanya, jumlah kuota 'fleetcard' yang akan diberikan itu akan ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Harga minyak petrol mencecah AS$138 setong di pasaran dunia dan memaksa kerajaan menstrukturkan semula subsidi minyak, menjadikan harga runcit petrol kini RM2.70 seliter, naik 78 sen berkuat kuasa Khamis lepas. - BERNAMA

No comments: