Thursday, January 10, 2008

my beauty icon


What ta
beautiful lady....

But there's
no 'nur'
in her heart....

Saturday, January 5, 2008


27 Disember 2007

Pembunuhan Benazir Bhutto menggemparkan dunia dan sekaligus menambah bebanan tugasku.

Sudahlah berita hanya diketahui jam 9.30 malam terpaksa lah berhempas pulas sampai jam 12 malam semata-mata untuk mendapatkan liputan terbaik berhubung pembunuhan itu.

Tapi tak apa aku bahagia melakukannya....

Malam pembunuhan Benazir aku pulang jam 1 pagi.... Mujur cintaku masih menanti dengan senyuman yang tidak pernah hilang...

Terima kasih B... kerana sentiasa menghargai dan memahami aku...


5 Januari 2007


Hari ini masih lagi berkisar pada cerita pembunuhan Benazir Bhutto. Siasatan masih dilakukan dengan sokongan dan bantuan pasukan penyiasat Scotland Yard.

Berbagai spekulasi timbul berhubung pembunuhan benazir ada yang mengaitkannya dengan kerjaan pakista, Al-Qaedah dan musuh musuh politk yang sentiasa dahagakan kuasa.

Ahhh betapa kuasa menjadikan manusia separuh gila sanggup membunuh...

Tapi bagi aku aku tidak akan mengaitkan pembunuhan Benazir dengan Al-Qaeda kerana sepanjang pengetahuan itu setiap serangan yang dilakukan Al-Qaeda akan diumumkan dan mereka tidak pernah bertindak untuk berselindung atas setiap perbuatan mereka.

Mungkin kerajaan ada perkaitan dalam hal ini... tapi itu hanya pendapat aku.
Emmm... sudah lama benar tidak mengusik blog ini...
Kesibukan hampir melupakan aku pada diari maya ini...
Kelas sudah bermula dan aku akan terus dihimpit kesibukan, ditemani timbunan buku dan dibebani pelbagai tugasan...
Tapi tak mengapa, jika itu mampu mengubat kesedihan aku, aku sanggup untuk meneruskannya.
Biar aku tidak akan terfikir mengapa, mengapa dan mengapa aku diuji dengan dugaan maha berat ini.
Biar aku lebih bersyukur dengan kurniaan Allah.
Tidak cukup sesuatu tidak bermakna Allah tidak sayang pada aku, pada suamiku.
Hanya DIA ingin melihat ketabahan dan kesabaran kami untuk terus berusaha dan berdoa untuk memiliki dia, dan dia dan dia... dan dia lagi jika diizinkan Yang Maha Kuasa.
Dia.... sentiasa kunantikan...