Saturday, January 5, 2008

Emmm... sudah lama benar tidak mengusik blog ini...
Kesibukan hampir melupakan aku pada diari maya ini...
Kelas sudah bermula dan aku akan terus dihimpit kesibukan, ditemani timbunan buku dan dibebani pelbagai tugasan...
Tapi tak mengapa, jika itu mampu mengubat kesedihan aku, aku sanggup untuk meneruskannya.
Biar aku tidak akan terfikir mengapa, mengapa dan mengapa aku diuji dengan dugaan maha berat ini.
Biar aku lebih bersyukur dengan kurniaan Allah.
Tidak cukup sesuatu tidak bermakna Allah tidak sayang pada aku, pada suamiku.
Hanya DIA ingin melihat ketabahan dan kesabaran kami untuk terus berusaha dan berdoa untuk memiliki dia, dan dia dan dia... dan dia lagi jika diizinkan Yang Maha Kuasa.
Dia.... sentiasa kunantikan...

No comments: