Friday, November 9, 2007

gadis desa dan rencana

Semalaman aku memasang rencana(opppsss jangan culas mentafsir, rencana yang aku maksudkan adalah rancangan atau niat aku, bukan rencana berbentuk artikel ituya... walaupun aku akan merealisasikan rencana (plan) aku itu dalam bentuk rencana (artikel) Hahahahahahaha.... complicated bukan???
Rencana aku kali ini aku kira terlalu istimewa buat diri aku yang langsung tak punya apa apa kelebihan ini.
Rencana aku kali ini sesuatu yang amat bernilai bagi diri aku, kaum keluarga dan sahabat-sahabat aku...dan langsung tiada apa apa kepentingan buat sebahagian besar untuk orang lain. Ahhh... persetankan semua itu... Aku menulis bukan kerana nama, tapi aku menulis untuk mencari kepuasan, kepuasan untuk diri sendiri. Aku tak harapkan pujan mahupun kejian. Cukuplah kalau rencana aku itu bisa mengembalikan nostalgia indah seorang gadis desa yang bernama 'aku'...
Aku ingin sekali menitip kisah hidupku bukan untuk dibaca orang, bukan untuk dipuji atau dikeji orang dan bukan untuk mencari publisiti murahan (ayat yang selalu aku pakai ketika berkhidmat di majalah hiburan suatu ketika dulu!!!!)....
aku cuma ingin simpan kenangan dalam bentuk dokumentasi yang aku percaya akan terus kekal... tidak seperti memori aku yang semakin dihakis usia dan tidak juga seperti diari aku yang semakin usang dek diratah panas mentari.
Aku mahukan sesuatu yang kekal, yang bukan hanya untuk menjadi tatapan diri aku sendiri tetapi juga keluarga dan sahabat-sahabat aku...
Kerana aku mahu mereka tahu bahawa setiap detik bersama adalah terlalu indah buat aku...
Ahhh aku kalau bermonolog biasanya pasti berbaris-baris....
Aku pendekkan sahaja
Aku ingin sekali menulis riwayat hidup aku yang tidak istimewa ini
Kerana bagi aku setiap detika dalam hidupan aku terlalu indah untuk dilupakan begitu sahaja....

Jadi dengan rasminya aku melancarkan ceritera gadis desa (aku la tu....) bermula dari usia aku lima tahun... sebab sampai di situ sahaja yang aku mampu ingat semula... lain-lainnya sudah terbang dibawa angin....

No comments: