Tuesday, August 26, 2008

LIDAH BERCABANG, SONGSANG PERTUTURAN, AKU TAK PERLU KAMU SEMUA!!!!


Masih menanti bila masanya berita kemenangan akan diuar-urakan pencanang-pencanang suruhan. Namun hingga detik 12, tiada satu berita kemenangan dipaparkan.

Semuanya ringkas sahaja. Tiada tulisan atau gambar yang membayangkan sorakan kemenangan (Walau aku pasti di Permatang Pauh suasana meriah dengan sorakan kemenanagan.

Tiada liputan tiada apa untuk dibanggakan semuanya sunyi sepi umpama malam ku kini tanpa suami di sisi ( Maaf aku melencong seketika mengenang diri yang kerinduan... Wake up darling!)

  • Perkhabaran menjadi begitu sejuk hingga aku yang dahaga mula merayap ke seluruh maya.
  • Ah biar aku sendiri mencari... Aku tak perlukan manusia durjana!!!
  • Sekarang bukan masanya manusia bergantung harap pada budak-budak suruhan (yang tanpa mereka ini sedari dijadikan pencacai-pencacai).
  • Aku juga boleh mencari maklumat itu sendiri, tidak perlu bergantung harap pada manusia yang cabang lidah dan songsang pertuturannya.
  • Dan di luar sana aku temui lebih banyak yang bisa membuka mindaku...
  • Semuanya tanpa sempadan
  • Aku tidak disogok dengan berita berita yang aku tidak inginkan... tapi bukan maksud tidak ingin itu kerana pemikiran ini terlalu cenderung pada yang kiri (bagi mereka yang menganggap diri sendiri terlalu kanan).
  • Tapi aku mahukan berita yang adil, yang boleh diterima dek akal dan aku tidak merasa diri ini diperbodohkan (Hey I'm not stupid ok!).
  • Dan kini aku mendapat segalanya... Sudah aku tak perlu semua pencacai itu....
  • Lupakan sahaja mereka. Mereka tidak ikhlas berjuang!

No comments: