Saturday, August 23, 2008

SUMPAH LAKNAT

A: Aku ingin membunuh dia. Dia buat aku hilang segalanya, isteri, teman-teman, kekayaan, kesenangan dan kepercayaan orang.....
B: Jangan
A: Mengapa???
B: Bagaimana kalau kau tertangkap? Itu pastinya akan lebih menyusahkan. Kau tidak akan mendapat apa-apa kepercayaan lagi.
A: Apa takut? Sumpah saja...
B: Sumpah saja???
A: Ya... Letak sahaja tangan di atas al-Quran. Semuanya akan selesai.
B: OK... Kalau begitu, bagaimana dengan mahkamah? Polis? Kalau sumpah boleh digantikan dengan perbicaraan dan siasatan yang telus, apa fungsi mahkamah? Apa fungsi polis?
A: Sebab aku tak mahu ke mahkamah dan aku tak mahu disiasat polis lah aku rela letak tangan aku di atas al-Quran.
B: Kau berani?? Tak takut Allah?
A: Untuk apa takut? Nanti bertaubat sahaja.
B: Kalau taubat tak diterima?
A: Janji aku lepas di dunia...
B: Bagaimana pula di akhirat??
A: Kubur masing-masing...
**** Manusia akhir zaman sanggup membelakangkan agama demi kepentingan peribadi. Ingatlah teman dunia ini hanya sementara. Jangan pula kita tergolong dalam insan yang bakal menjadi kayu api neraka *****
Nauzubillahiminzalik... Tuhan perbetulkan imanku, luruskan perjalanan hidupku kerana aku ingin menumpang tidur di kaki lima syurga-Mu... Cukuplah jika aku hanya dapat menikmati harum syurga-Mu walau aku tidak dapat beradu di dalam kamar indah firdausi-Mu.

No comments: