mak aku kata, masa aku keluar, tergolek (maknanya besar la... walaupun aku ni saiz S jek...tapi skarang dah nak jadi saiz XXXL huhuhuhuuhu)
menurut mak aku (aku tak tau la betul ke dak, kalau mak aku tipu aku aku pun tipu la... tapi mak aku tak reti tipu orang daaa...), sejak aku lahir, aku tak mahu langsung menyusu (susu ibu da...), mak aku kata aku macam merajuk sebab mak aku pernah ngomel tak puas hati lebey kurang macam ni la... "branak apa lagi tah tua-tua ni..." Jadi mak aku kata mungkin aku ni berasa hati macam mak aku tak sudi la nak lahirkan aku ke dunia ni... pastu siap cakap nak bagi kat abang dia lagik...
tapi mak aku kata bila dah nampak mata bulat aku yang comel nih (hehehehe prasan jap...) sori naik lori la nak bagi kat orang. lagipun mak aku kata dia memain jek cakap camtuh... tak de niat pun. walaupun mak aku tak diberinya pada bapa saudara aku tuh, aku tetap 'dingin' ngan mak aku nih... hehehehehe kecik kecik dah tunjuk sikap sensitip dan degil aku tuh...
mak aku kata aku tak mau kat dia masa kecik-kecik, tido nak tido ngan kakak aku, susu tak minum susu ibu, aku baby 'lembu', minum susu tin. kakak-kakak dan abang-abang aku dulu mana ada merasa susu tin ni (cap apa aku tak tau la pula tapi masa tu dumex la kot?), depa semuanya susu cap gantung aku sorang jek eksyen sikit. Sebab tu lah agaknya aku bukan pelari handalan macam kakak-kakak dan abang abang aku. Dierang semua tenaga superb, aku nih lembik sikit.
Tuesday, November 13, 2007
13 mei hari berdarah
Saturday, November 10, 2007
when i was in the womb
isk... isk... org tua dedolu mmg pandai, aku respek tol lah, tengok org pun dah tau... masa tu mak aku macam tak percaya la... almaklumlah umur dah lanjut cenggitu, dah ada cucu, tetiba ngandung lagik... tapi makcik blakang umah aku tu memang teror la... memang betul tilikan dia mak aku memang ngandung, sah dan tak syak lagik....
bila mak aku dah confirm yang dia tu ngandung... dia macam ada rasa malu sikit la... almaklumlah mulut org mesti nak ngutuk nyer... mak aku kata masa tu dia macam ngomel sorang-sorang la, “apa la tua tua ngandung lagi...”. tapi dalam pada masa yang sama mak dan abah aku redho dan happy dengan berita kepregnantan mak aku tuh....
dalam masa dok membawa aku tu, abang mak aku selalu gak dok usha-usha suruh kasi aku kat diaorang kalau dah branak nanti... Mak aku kata okey boleh ( yang ni aku tak tau la dia memain atau betul2).
Gambar kat sebelah ni mak aku ambil dengan mak mertua dia (tok aku la…)sebagai kenang-kenangan sebelum tok aku berangkat ke Mekah menunaikan ibadah haji… tok aku meninggal dunia di Mekah dan dikebumikan di
aku dari mula....
dicantum oleh cinta dua manusia
yang aku panggil mak dan abah
pada usia mak 42 dan abah 41 (maaf abah... bocor rahsia, tapi dalam ic abah sesoka hati dia letak dia lebih tua setahun dari mak.... isk, isk, isk abah aku nih, almaklumlah jaman jepun, sorat branak pun tak dak... apa nak dikato?
aku yang ke12...
aku dah ada anak pada saat aku dilahirkan
anak siapa????
anak abang sulung dan kakak aku hehehehe...
anak abang Dan aku masa tu tiga tahun tapi meninggal dunia pada usia 5-6 tahun tak silap aku,
anak kak Pah pulak tua tiga tahun dari aku... sekarang ni dah ada tiga dua anak dah dia dan tengah sarat mengandung anak yang ketiga (cucu-cucu aku la tu...)
masa aku lahir
kakak aku yang no. 11, kak Nori dah lima tahun...
dia dah rentap 'title' maksu awal-awal lagik... tak kisah ler aku jenis tak berkira, kebetulan dia pun kawen ngan anak bungsu, jadik memang sesuai bebenor la pakai title tuh...
aku sambung len hari lah ye.....
Friday, November 9, 2007
belom mola lagik...
Walau jemari ini semakin getik ingin terus menari di pentas aksara ini...
Cukup sampai di sini kerana aku ingin 'memeluk cinta' yang menanti...
gadis desa dan rencana
Rencana aku kali ini aku kira terlalu istimewa buat diri aku yang langsung tak punya apa apa kelebihan ini.
Rencana aku kali ini sesuatu yang amat bernilai bagi diri aku, kaum keluarga dan sahabat-sahabat aku...dan langsung tiada apa apa kepentingan buat sebahagian besar untuk orang lain. Ahhh... persetankan semua itu... Aku menulis bukan kerana nama, tapi aku menulis untuk mencari kepuasan, kepuasan untuk diri sendiri. Aku tak harapkan pujan mahupun kejian. Cukuplah kalau rencana aku itu bisa mengembalikan nostalgia indah seorang gadis desa yang bernama 'aku'...
Aku ingin sekali menitip kisah hidupku bukan untuk dibaca orang, bukan untuk dipuji atau dikeji orang dan bukan untuk mencari publisiti murahan (ayat yang selalu aku pakai ketika berkhidmat di majalah hiburan suatu ketika dulu!!!!)....
aku cuma ingin simpan kenangan dalam bentuk dokumentasi yang aku percaya akan terus kekal... tidak seperti memori aku yang semakin dihakis usia dan tidak juga seperti diari aku yang semakin usang dek diratah panas mentari.
Aku mahukan sesuatu yang kekal, yang bukan hanya untuk menjadi tatapan diri aku sendiri tetapi juga keluarga dan sahabat-sahabat aku...
Kerana aku mahu mereka tahu bahawa setiap detik bersama adalah terlalu indah buat aku...
Ahhh aku kalau bermonolog biasanya pasti berbaris-baris....
Aku pendekkan sahaja
Aku ingin sekali menulis riwayat hidup aku yang tidak istimewa ini
Kerana bagi aku setiap detika dalam hidupan aku terlalu indah untuk dilupakan begitu sahaja....
Jadi dengan rasminya aku melancarkan ceritera gadis desa (aku la tu....) bermula dari usia aku lima tahun... sebab sampai di situ sahaja yang aku mampu ingat semula... lain-lainnya sudah terbang dibawa angin....
Wednesday, November 7, 2007
Bahagia....
Sepuluh tahun membina kasih dan melewati duri-duri percintaan, kami akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan yang suci...
Tidak banyak yang berubah, aku masih aku yang dulu dan dia masih juga lelaki yang kukenal dulu...
Bezanya kini mungkin aku tidak lagi langsing kecil molek seperti dahulu...
Namun perasaan dan cinta ini akan tetap sama buat selamanya...
InsyaAllah, dengan izin Maha Pencipta...
Moga bahagia hingga ke akhirnya...

